Jumaat, 18 Ogos 2023 | 5:35pm
FOTO REUTERS
FOTO REUTERS

Perdana Menteri sementara Pakistan lantik 18 anggota Kabinet

KARACHI: Perdana Menteri sementara Pakistan, Anwaarul Haq Kakar melantik 18 anggota Kabinet sebagai persediaan menghadapi pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.

Majlis angkat sumpah anggota Kabinet terbabit diadakan di hadapan Presiden Arif Alvi di Istana Presiden di Islamabad, lapor Agensi Anadolu.

Antara yang dilantik ialah bekas Duta Besar Pakistan ke Amerika Syarikat, Jalil Abbas Jilani, dan bekas Ketua Bank Pusat, Shamshad Akhter. – BERNAMA-ANADOLU

Berita Harian X