TULKARM, (Wilayah Palestin): Seorang rakyat Palestin terbunuh selepas tentera Israel menyerbu di kawasan Tebing Barat yang diduduki, semalam.
Mangsa, Mahmoud Jihad Jarad, 23, ditembak mati oleh tentera semasa serbuan semalam, di kem pelarian Tulkarm di utara Tebing Barat, menurut laporan agensi berita rasmi Palestin Wafa.
Seorang ahli keluarga, Iyad Abdulrahim Jarad, mengesahkan saudaranya ditembak selepas tentera Israel yang memasuki kem.
Difahamkan ketika itu, mereka sedang berkabung untuk pengebumian.
Israel menduduki Tebing Barat sejak 1967 dan tenteranya kerap melakukan pencerobohan ke dalam komuniti Palestin.
Dalam satu kenyataan, tentera berkata, suspek menyekat laluan dan melepaskan tembakan ke arah askar dan terpaksa bertindak balas dengan tembakan langsung semasa serbuan.
"Bahan letupan, batu dan bunga api turut digunakan terhadap tentera," menurut kenyataan itu.
Kematian terbaru itu menjadikan 214 orang Palestin sudah terbunuh dalam konflik Israel-Palestin setakat tahun ini.
Kira-kira 28 warga Israel, seorang Ukraine dan seorang Itali juga terbunuh, termasuk di pihak Palestin iaitu pejuang serta orang awam dan di pihak Israel, tiga anggota minoriti Arab. - AFP