RAMALLAH: Tiga pemuda Palestin mati ditembak tentera Israel berhampiran bandar Arraba di wilayah Jenin, Tebing Barat pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Sementara itu, tentera Israel mendakwa pasukannya menumpaskan sebuah kumpulan bersenjata di kawasan Jenin, di utara Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.
Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas seorang anggota polis Tel Aviv terbunuh dalam satu tembakan.
Suspek penyerang Palestin turut dibunuh oleh pegawai Israel yang lain.
Sejak awal tahun ini, Tebing Barat berulang kali menyaksikan serbuan tentera Israel bagi memberkas warga Palestin. - BERNAMA-ANADOLU