Sabtu, 8 Julai 2023 | 10:26pm
Presiden Uzbekistan, Shavkat Miriyoyev akan mempertahankan jawatannya bagi penggal ketiga berturut-turut dalam pilihan raya presiden negaranya esok. - Foto ihsan
Presiden Uzbekistan, Shavkat Miriyoyev akan mempertahankan jawatannya bagi penggal ketiga berturut-turut dalam pilihan raya presiden negaranya esok. - Foto ihsan

Uzbekistan adakan pilihan raya presiden esok

MOSCOW: Uzbekistan akan mengadakan pilihan raya presiden esok, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua kain rentang, poster, papan iklan dan bahan pengiklanan lain perlu diturunkan hari ini supaya pengundi boleh menggunakan hak mereka tanpa sebarang pengaruh.

Pada 30 April lalu, rakyat Uzbekistan mengundi pindaan perlembagaan yang meluluskan lanjutan tempoh penggal presiden daripada lima kepada tujuh tahun dan membenarkan penyandang Presiden Shavkat Miriyoyev bertanding semula selepas dua penggal berturut-turut.

Berikutan itu, Mirziyoyev mengumumkan pilihan raya awal akan diadakan, dengan SPR menetapkan esok sebagai hari pengundian.

Selain Mirziyoyev, tiga lagi calon bertanding untuk jawatan ketua negara itu.

Mereka ialah Ulugbek Inoyatov dari Parti Demokratik Rakyat, Abdushukur Khamzayev dari Parti Alam Sekitar dan Ketua Parti Adolat (Keadilan) Sosial Demokrat, Robakhon Makhmudova, yang berkhidmat sebagai Timbalan1 Pengerusi Mahkamah Agung.

- BERNAMA-ANADOLU

Berita Harian X