Isnin, 19 Jun 2023 | 3:52pm
Kepulan asap selepas letupan oleh penduduk keturunan Palestin di jalan dekat kawasan serbuan tentera Israel di Jenin, Tebing Barat yang ditakluk, hari ini. - Foto AFP
Kepulan asap selepas letupan oleh penduduk keturunan Palestin di jalan dekat kawasan serbuan tentera Israel di Jenin, Tebing Barat yang ditakluk, hari ini. - Foto AFP

Tiga terbunuh dalam serbuan tentera Israel

JENIN: Tentera Israel membunuh tiga orang rakyat Palestin dan mencederakan puluhan yang lain, dalam serbuan di Tebing Barat hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, dua maut dan 28 orang lagi cedera akibat pencerobohan berterusan (Israel) ke atas Jenin.

Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Rub, berkata tentera Israel melancarkan serbuan berkenaan kira-kira jam 4:00 pagi waktu tempatan.

"Tentera menyerbu kem pelarian Jenin dan kawasan bandar selepas solat subuh dan berlaku tembakan yang dahsyat," katanya.

Media melaporkan tentera Israel tidak memberi sebarang maklumat terhadap serbuan di bandar utara Tebing Barat berkenaan.

Seorang jurugambar AFP di Jenin mengesahkan pertempuran berterusan sehinga jam 8.40 pagi ini dan helikopter tentera melepaskan beberapa peluru berpandu ke arah rumah penduduk Palestin.

Israel menceroboh kawasan Tebing Barat sejak tahun 1967 dan tenteranya sering melancarkan pencerobohan ke bandar-bandar Palestin.

Sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya seramai 161 orang rakyat Palestin, 21 warga Israel, seorang warga Ukraine dan seorang warga Itali terbunuh dalam keganasan konflik di antara Israel dan Palestin.

Angka berkenaan membabitkan pejuang Palestin serta orang awam. - AFP

Helikopter tentera Israeli menembak peluru berpandu ke arah kawasan orang awam di Jenin, pagi ini. - Foto REUTERS
Helikopter tentera Israeli menembak peluru berpandu ke arah kawasan orang awam di Jenin, pagi ini. - Foto REUTERS

Berita Harian X