Ahad, 11 Jun 2023 | 4:18pm
Gambar fail - Tentera Taiwan di kem tentera negara itu di Kaohsiung. - REUTERS
Gambar fail - Tentera Taiwan di kem tentera negara itu di Kaohsiung. - REUTERS

Sempadan pemisah Taiwan, China mula tegang

TAIPEI: Tentera udara Taiwan hari ini diletak dalam keadaan bersedia selepas 10 pesawat pejuang China melintasi garis sensitif Selat Taiwan ketika kementerian pertahanannya memaklumkan empat kapal perang negara tembok besar itu turut melakukan rondaan di situ.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu Taiwan melaporkan terdapat aktiviti ketenteraan China, selepas kali pertama 37 pesawat tentera negara itu terbang di zon pertahanan udara pulau berkenaan dengan sebahagiannya terbang ke Pasifik barat.

China yang menganggap Taiwan itu ditadbir secara demokratik di wilayahnya sendiri sejak tahun lalu sering 'melakukan rondaan' berhampiran pulau berkenaan, namun ia tidak termasuk ruang udara wilayah Taiwan.

Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan berkata setakat jam 2 petang ini, pihaknya mengesan 24 pesawat tentera udara China termasuk pesawat pejuang jenis J-10, J-11, J-16 dan Su-30 serta pengebom H-6.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan ke mana pesawat itu terbang tetapi memaklumkan ia melintasi garisan sensitif Selat Taiwan iaitu pemisahan kedua-dua negara sebelum ini sekaligus berfungsi sebagai penghalang yang tidak rasmi.

Namun China berkata pihaknya tidak mengiktiraf garisan sensitif itu dan melintasinya secara rutin sejak tahun lalu.

Sebelum ini, Taiwan menghantar pasukan pejuangnya sendiri dengan mengerahkan kapal dan sistem peluru berpandu untuk mengawasinya.

Setakat ini belum ada maklum balas daripada China.

Sebelum ini China berkata misi yang dijalankan oleh pihaknya itu adalah untuk melindungi kedaulatan.

Pada April lalu, China mengadakan perang olok-olok sekitar Taiwan susulan lawatan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen ke Amerika Syarikat.

- REUTERS

Berita Harian X