Selasa, 30 Mei 2023 | 11:36pm
Pihak berkuasa tempatan NSW Australia pada Selasa memulakan kerja-kerja merobohkan sebuah bangunan yang disenaraikan sebagai warisan di Surry Hills, Sydney selepas bangunan itu terbakar minggu lalu. - Foto
Pihak berkuasa tempatan NSW Australia pada Selasa memulakan kerja-kerja merobohkan sebuah bangunan yang disenaraikan sebagai warisan di Surry Hills, Sydney selepas bangunan itu terbakar minggu lalu. - Foto

Kerja roboh bangunan yang terbakar di Sydney dimulakan

SYDNEY: Pihak berkuasa tempatan New South Wales (NSW) Australia pada Selasa memulakan kerja-kerja merobohkan sebuah bangunan yang disenaraikan sebagai warisan di Surry Hills, Sydney, selepas bangunan itu terbakar minggu lepas, Xinhua.

Penguasa Bomba dan Penyelamat NSW Adam Dewberry, berkata keutamaan mereka ialah merobohkan bangunan itu dengan selamat tanpa merosakkannya, termasuk bangunan bersebelahan dan utiliti bawah tanah.

Pada sidang akhbar pada Isnin, Superintendan Detektif Pasukan Polis NSW Gordon Arbinja memberitahu pemberita bahawa dua gelandangan yang dipercayai tidur di dalam bangunan itu, masih tidak dapat dikesan.

"Kami tidak boleh menolak kemungkinan terdapat orang di bawah runtuhan," kata Arbinja.

Pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan tentang orang hilang, tetapi penyiasat tidak dapat menyatakan secara pasti tiada sesiapa di dalam bangunan itu.

Pada 25 Mei, kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan bertingkat di tengah Sydney pada kira-kira 4 petang waktu tempatan.

Bangunan itu yang terletak di Randle Street, dibina pada awal abad ke-20 sebagai kilang topi. - BERNAMA-XINHUA

Berita Harian X