Khamis, 25 Mei 2023 | 3:15pm
Peluru berpandu balistik Khorramshahr generasi keempat Iran dinamakan Khaibar, dengan jarak 2,000 kilometer (km) seberat 1,500 kilogram (kg). - Foto REUTERS
Peluru berpandu balistik Khorramshahr generasi keempat Iran dinamakan Khaibar, dengan jarak 2,000 kilometer (km) seberat 1,500 kilogram (kg). - Foto REUTERS

Iran lancar peluru berpandu balistik jarak 2,000 km - IRNA

DUBAI : Iran melancarkan peluru berpandu balistik Khorramshahr generasi keempatnya dinamakan Khaibar, dengan jarak 2,000 kilometer (km) seberat 1,500 kilogram (kg), lapor agensi berita rasmi IRNA pada Khamis.

Iran sudah memperluas program peluru berpandunya, terutamanya peluru berpandu balistik, biarpun mendapat tentangan Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan disuarakan dalam kalangan negara Eropah.

Tehran berkata, program itu hanya berbentuk pertahanan dan bagi tujuan pencegahan serangan.

"Peluru berpandu balistik terbaru Iran dan produk terbaru Pertubuhan Industri Aeroangkasa (AIO) Kementerian Pertahanan sudah diumumkan hari ini dalam satu majlis yang dihadiri menteri pertahanan," menurut IRNA. - REUTERS

Berita Harian X