Ahad, 14 Mei 2023 | 5:30pm
Dua lelaki berjalan ke tempat perlindungan di pulau Shahpori dekat Teknaf, Bangladesh, hari ini. - Foto AFP
Dua lelaki berjalan ke tempat perlindungan di pulau Shahpori dekat Teknaf, Bangladesh, hari ini. - Foto AFP

Taufan Mocha menghampiri Bangladesh, Myanmar

DHAKA: Puting beliung Mocha yang sangat berbahaya mula melintasi pantai Bangladesh dan Myanmar pada Ahad, kata seorang pegawai kanan Jabatan Meteorologi Bangladesh memberitahu Xinhua.

Mocha mempunyai diameter lebih 500 kilometer (km) dan impaknya dirasai di banyak kawasan di Bangladesh, kata Pengarah Jabatan Meteorologi Bangladesh, Md Azizur Rahman.

Menurut aspengumuman kh Jabatan Meteorologi Bangladesh, taufan itu dengan kelajuan angin sehingga 215 kilometer sejam (mph) boleh mencetuskan gelombang ribut.

Ribut itu akan mengambil masa beberapa jam untuk lemah.

Beberapa bahagian Bangladesh turut mengalami hujan renyai-renyai dan angin kencang.

Rakaman televisyen menunjukkan banjir berleluasa di Cox's Bazar pagi ini, dengan ribuan penduduk dipindahkan.

Menteri bagi Pengurusan Bencana dan Bantuan Bangladesh, Enamur Rahman, berkata mereka mengambil langkah sewajarnya untuk membantu penduduk yang terjejas.

Pegawai berkata, setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa.

– BERNAMA-XINHUA

Lelaki berdiri ketika angin kencang dekat kem Rohingya di ThekayPyin ketika ribut Mocha menghampiri Sittwe, Rakhine, Myanmar, hari ini. - Foto REUTERS
Lelaki berdiri ketika angin kencang dekat kem Rohingya di ThekayPyin ketika ribut Mocha menghampiri Sittwe, Rakhine, Myanmar, hari ini. - Foto REUTERS

Berita Harian X