Jumaat, 5 Mei 2023 | 4:19pm
Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe. - Foto AGENSI
Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe. - Foto AGENSI

Sri Lanka bebas 988 banduan sempena Hari Wesak

COLOMBO: Sri Lanka membebaskan seramai 988 banduan hari ini atas pengampunan presiden bersempena sambutan Hari Wesak, acara keagamaan paling penting bagi penganut Buddha, kata seorang pegawai kanan, lapor Xinhua.

Pesuruhjaya Jabatan Penjara dan jurucakap Chandana Ekanayake memberitahu media bahawa pengampunan itu diberikan oleh Presiden Ranil Wickremesinghe di bawah kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Perkara 34 Perlembagaan negara.

Ekanayake berkata, pengampunan itu diberikan berdasarkan beberapa terma dan syarat.

Sri Lanka biasanya mengampuni banduan pada Hari Kemerdekaan dan semasa acara keagamaan besar.

Pengampunan itu tidak terpakai kepada mereka yang disabitkan dengan kesalahan membunuh, dadah yang serius, rogol dan rompakan bersenjata, kata Ekanayake. - BERNAMA-XINHUA

Berita Harian X