Khamis, 4 Mei 2023 | 5:58pm
Keadaan sesak di stesen kereta api ketika cuti lima hari sempena Hari Pekerja di China yang berakhir semalam. - FOTO AFP / China OUT
Keadaan sesak di stesen kereta api ketika cuti lima hari sempena Hari Pekerja di China yang berakhir semalam. - FOTO AFP / China OUT

274 juta rakyat China melancong sempena cuti Hari Pekerja

BEIJING: Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan kira-kira 274 juta rakyat tempatan melancong di dalam negeri ketika cuti lima hari sempena Hari Pekerja dari 29 April lalu hingga semalam.

Jumlah itu naik 70.83 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan pendapatan pelancongan mencatat jumlah RMB148.05 bilion (RM92.53 bilion), meningkat sebanyak 128.9 peratus.

Orang ramai memanfaatkan cuti lima hari sempena Hari Pekerja di China yang berakhir semalam. - FOTO AFP / China OUT
Orang ramai memanfaatkan cuti lima hari sempena Hari Pekerja di China yang berakhir semalam. - FOTO AFP / China OUT

Pelancongan rentas wilayah yang jarak perjalanannya melebihi 300 kilometer, turut mendapat sambutan baik daripada rakyat.

Pelbagai tempat menawarkan pakej pelancongan istimewa seperti pelancongan kota kuno, pelancongan kebudayaan serta pelancongan sukan yang secara tidak langsung membawa pengalaman baharu kepada pelancong.

Seorang anggota polis melakukan kawalan ketika orang ramai bercuti selama lima hari sempena Hari Pekerja di China. - FOTO AFP) / China OUT
Seorang anggota polis melakukan kawalan ketika orang ramai bercuti selama lima hari sempena Hari Pekerja di China. - FOTO AFP) / China OUT

Dalam tempoh percutian kali ini, jumlah pembayaran dalam talian menokok 22.7 peratus secara purata sehari berbanding minggu sebelumnya.

Dari segi jarak perjalanan pula, jumlah pelancong dalam wilayah mencatat 76.1 peratus dan jumlah pelancong rentas wilayah pula 23.6 peratus.

Jumlah pelancong ke seberang laut merekodkan 0.3 peratus, meningkat 44.4 peratus berbanding minggu sebelumnya. – BERNAMA

Berita Harian X