Selasa, 2 Mei 2023 | 4:11pm
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi (kanan) dan Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad berbincang mengenai penyelesaian politik di Syria. - Foto AFP
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi (kanan) dan Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad berbincang mengenai penyelesaian politik di Syria. - Foto AFP

4 negara Arab sokong Syria kuasai semula wilayahnya

KAHERAH: Menteri Luar Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Iraq dalam satu kenyataan bersama semalam, bersepakat untuk menyokong usaha Syria menguasai semula wilayah di negara itu, lapor Sputnik.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan mereka dari Syria, Faisal Mekdad, di Amman.

Pertemuan itu kesinambungan daripada rundingan mengenai Syria yang bermula pada April di bandar Jeddah, Arab Saudi.

"Kami bersetuju untuk menyokong Syria dan institusinya dalam sebarang usaha yang sah untuk menguasai semula wilayahnya, mewujudkan kedaulatan undang-undang, menamatkan kehadiran kumpulan bersenjata dan pengganas di Syria.

"Kami juga sepakat untuk bekerja bersama-sama menghentikan campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Syria," menurut kenyataan bersama itu yang dikeluarkan Kementerian Luar Jordan.

- BERNAMA-SPUTNIK

Berita Harian X