TAIPEI: Jutawan terkenal yang juga calon Presiden Taiwan, Terry Gou, berkata China tidak akan berperang dengan Taiwan sekiranya beliau dilantik sebagai presiden.
Ketegangan antara Taiwan dan China tercetus menjelang pilihan raya presiden yang dijadual diadakan pada Januari 2024.
"Berdasarkan pemahaman saya, pihak China tidak mahu berperang.
"Namun begitu, sekiranya ada usaha untuk isytihar kemerdekaan, mereka akan melakukan peperangan dengan Taiwan," katanya kepada ahli akademik dan pelajar di Universiti Tunghai Taiwan.
Gou, 72, yang juga pengasas Foxconn antara individu yang terkenal di Taiwan sebelum ini meletak jawatan sebagai Ketua Pembekal Utama Apple Inc Foxconn yang mempunyai fasiliti pembuatan yang kukuh di China sejak 2019.
Beliau melancarkan bidaan kedua pada bulan ini atas tiket presiden parti pembangkang Kuomintang (KMT), yang secara tradisinya memihak kepada hubungan rapat dengan China.
Sementara itu, beliau berkata, China mahu membangunkan ekonominya dan memberi tumpuan terhadap isu peluang pekerjaan untuk graduan kolej dan bantuan makanan kepada rakyat negara itu.
"Bagi mereka, serangan terhadap Taiwan bukan menjadi keutamaan.
"Bagaimanapun ahli politik di Taiwan berharap perkara berkenaan akan membawa kepada kebencian rakyat negara itu terhadap China," katanya. - REUTERS