Sabtu, 8 April 2023 | 11:27am
Kapal perang China melakukan tembakan ke arah darat ketika latihan ketenteraan dekat Fuzhou, wilayah Fujian, dekat dengan Kepulauan Matsu di bawah kawalan Taiwan. - Foto REUTERS
Kapal perang China melakukan tembakan ke arah darat ketika latihan ketenteraan dekat Fuzhou, wilayah Fujian, dekat dengan Kepulauan Matsu di bawah kawalan Taiwan. - Foto REUTERS

China hantar 8 kapal perang, 42 pesawat 'kepung' Taiwan

TAIPEI: China bertindak menghantar lapan kapal perang dan 42 jet pejuang ke sekeliling Taiwan untuk hari kedua kelmarin dengan mesej jelas menyifatkan pulau itu akan kekal sebagai sebahagian daripada China yang tidak dapat dipisahkan.

Perkembangan itu susulan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, menimbulkan kemarahan Beijing dengan bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy.

Menurut Kementerian Pertahanan Taipei, ia adalah sebahagian daripada latihan ketenteraan tiga hari diumumkan China, dengan 29 jet pejuang turut melintasi zon pengenalan pertahanan udara (ADIZ) negara itu.

China menghantar kapal perang dan pesawat berhampiran Taiwan untuk hari kedua semalam, sebagai isyarat mesej jelas bahawa pulau itu akan kekal sebagai sebahagian daripada China yang tidak dapat dipisahkan.

Perkembangan itu susulan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen, menimbulkan kemarahan Beijing apabila bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Kevin McCarthy.

Menurut Kementerian Pertahanan Taipei, ia adalah sebahagian daripada latihan ketenteraan tiga hari diumumkan China, dengan 29 jet pejuang turut melintasi zon pengenalan pertahanan udara (ADIZ) negara itu.

Tsai kembali semalam selepas melawat kumpulan sekutu diplomatik rasmi Taiwan yang semakin berkurangan di Amerika Latin, selain melakukan dua persinggahan di AS untuk bertemu McCarthy dan Ahli Dewan Perwakilan lain.

"Kita mahu masyarakat antarabangsa melihat Taiwan lebih bersatu apabila menghadapi tekanan dan ancaman.

"Kita tidak pernah tunduk kepada penindasan dan tidak akan berhenti berinteraksi dengan dunia disebabkan sebarang halangan," katanya kepada pemberita sambil menyifatkan perjalanannya sebagai satu kejayaan.

Beberapa jam sebelum pertemuannya dengan McCarthy di Los Angeles pada Rabu lalu, China menghantar kapal pengangkut pesawat Shandong melalui perairan tenggara Taiwan dalam perjalanan ke Pasifik Barat.

Menurut Beijing semalam, Taiwan adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari China, sekali gus berulang kali memberi amaran terhadap mesyuarat Tsai-McCarthy.

Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning dalam satu taklimat media berkata kedaulatan dan integriti wilayah China tidak pernah dibahagikan.

"Masa depan Taiwan terletak pada penyatuan semula dengan tanah air," katanya.

Wartawan AFP di Pulau Pingtan, iaitu pos terdekat China ke Taiwan, melihat sebuah kapal tentera dan sekurang-kurangnya tiga helikopter tentera transit melalui selat itu semalam.

Bot tunda Dongtuo-859 berwarna kelabu berlayar ke selatan, kira-kira satu kilometer (km) dari pantai, manakala kedua-dua pesawat terbang agak rendah ke utara di permukaan laut.

Namun, tidak jelas sama ada kehadiran kapal dan pesawat itu hanyalah tambahan kepada rondaan biasa dijalankan Beijing di rantau terbabit.

Beijing setakat ini masih berdiam diri berhubung maklum balasnya kepada mesyuarat Tsai-McCarthy dan pencerobohan ADIZ China dua hari lalu tidak menunjukkan sebarang perbezaan berbanding apa yang dilakukan setiap minggu.

ADIZ tidak sama dengan ruang udara wilayah Taiwan, sebaliknya ia termasuk kawasan jauh lebih besar yang bertindih dengan sebahagian ADIZ China sendiri.

Taiwan berada dalam keadaan berjaga-jaga, dengan Perdana Menteri, Chen Chien-jen, semalam berkata bahawa agensi pertahanan dan keselamatannya sedang memerhatikan perkembangan di negara itu.

Semalam, China mengenakan sekatan ke atas duta de facto Taipei ke AS, Hsiao Bi-khim, dengan melarangnya daripada memasuki China selain menuduhnya sengaja menghasut konfrontasi rentas selat. - AFP

Berita Harian X