Selasa, 4 April 2023 | 3:49pm
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77 di ibu pejabat PBB di New York City, New York, AS, 23 September 2022. - Foto REUTERS
Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77 di ibu pejabat PBB di New York City, New York, AS, 23 September 2022. - Foto REUTERS

Bekas PM New Zealand ketuai negara menentang keganasan secara dalam talian

MELBOURNE: Bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern akan mengetuai negara dalam menentang keganasan ekstremisme dalam talian, tanpa diberikan sebarang gaji, kata kerajaan hari ini:

Ardern meletak jawatan sebagai pemimpin awal tahun ini, iaitu satu keputusan yang mengejutkan sehingga mengangkat Chris Hipkins untuk berkuasa sebagai ketua Parti Buruh berhaluan tengah.

Beliau akan berkhidmat sebagai utusan khas kepada Christchurch Call yang diasaskannya pada 2019 untuk menyatukan negara dengan syarikat teknologi bagi memerangi ekstremisme.

Serangan ke atas dua masjid Christchurch iaitu bandar kedua terbesar di New Zealand, pada Mac 2019 menyebabkan 51 orang mati dan 40 cedera.

Lelaki bersenjata berkulit putih itu melakukan serangan berkenaan dengan menyiarkan ia secara langsung di laman sesawang Facebook.

"Christchurch Call adalah dasar luar yang memberi keutamaan kepada kerajaan dan Jacinda Ardern ditempatkan secara unik dengan matlamat menghapuskan kandungan pelampau yang ganas secara dalam talian talian," kata Hipkins dalam satu kenyataan.

"Kandungan pengganas dan pelampau secara dalam talian itu adalah isu global, tetapi bagi kebanyakan orang di New Zealand ia juga bersifat peribadi. Ardern menjadi pemimpin wanita termuda di dunia apabila dia berkuasa pada tahun 2017 iaitu pada usia 37 tahun, dalam gelombang kemahsyuran sehingga digelar 'Jacindamania'," katanya. - REUTERS

Berita Harian X