TAIPEI: Taiwan dan China mesti berusaha melakukan segala mungkin bagi mengelakkan perang berikutan menjadi tanggungjawab pemimpin kedua-dua pihak memastikan keamanan, kata bekas Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou kepada pegawai kanan China, hari ini.
Ma tiba di China pada Isnin lalu sekali gus menjadi bekas atau Presiden Taiwan yang pertama mengunjungi negara itu, sejak kerajaan Republik China melarikan diri ke Taiwan pada 1949, selepas kalah dalam perang saudara kepada komunis Mao Zedong.
Ma bertemu Ketua Pejabat Hal Ehwal Taiwan China, Song Tao di bandar Wuhan yang terletak di tengah China.
Beliau berkata, untuk mengekalkan hubungan yang aman dan stabil adalah dengan 'pandangan arus perdana umum masyarakat Taiwan'.
"Kedua-dua pihak mesti mengekalkan saling bekerjasama dan melakukan segala yang mungkin untuk mengelakkan peperangan dan konflik," katanya.
Sehingga kini, China belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hasil pertemuan itu.
Lawatan Ma ke China berlangsung ketika ketegangan semakin memuncak di antara Taipei dan Beijing, ketika China meningkatkan tekanan ketenteraan dan diplomatik untuk mencuba dan memaksa pulau yang ditadbir secara demokrasi itu menerima kedaulatan China.
Ma menggalas jawatan presiden dari 2008 hingga 2016, pernah mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping di Singapura pada akhir 2015, sebelum Presiden Taiwan ketika itu, Tsai Ing-wen dipilih.
Tsai menolak tuntutan kedaulatan China, dengan mengatakan hanya penduduk pulau itu boleh menentukan masa depan mereka.
Beliau berulang kali menawarkan rundingan dengan China tetapi ditolak kerana Beijing menganggapnya sebagai pemisah.
Parti Progresif Demokratik Taiwan yang memerintah Taiwan mengkritik lawatan Ma, berkata beliau seharusnya menggunakan peluang itu untuk memberitahu Xi supaya menghentikan gangguan hampir setiap hari oleh tentera China di pulau itu.
Parti pembangkang utama Taiwan, Kuomintang berkata penting Ma untuk bercakap dengan China untuk berusaha meredakan ketegangan. - REUTERS