BEIJING: Empat tahun sebelum Li Qiang dikenali sebagai kuasa di sebalik perintah berkurung COVID-19 yang dilaksanakan selama dua bulan di Shanghai, lelaki yang dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri China itu hanya bekerja di belakang tabir untuk memacu perubahan berani pasaran saham sclerotic megacity.
Pada akhir 2018, Presiden, Xi Jinping mengumumkan Pasaran STAR yang tertumpu kepada teknologi dan perintis sistem tawaran awam permulaan (IPO) berasaskan pendaftaran yang bertujuan menarik firma muda di China untuk menyenarai di dalam negara dan bukannya di luar negara.
Menurut seorang jurubank veteran yang rapat dengan pengawal selia dan pegawai Shanghai, The China Securities Regulatory Commission (CSRC) sangat tidak berpuas hati.
"Hubungan Qiang dengan Jinping memainkan peranan di sini dan membolehkannya membentangkan skim itu terus kepada kerajaan pusat, tanpa melalui CSRC," katanya.
Sebelum ini, Qiang yang juga bekas ketua Parti Komunis di Shanghai, bersedia untuk disahkan sebagai Perdana Menteri pada Sabtu ini ketika Kongres Rakyat Kebangsaan yang sedang berlangsung, sekali gus bertanggungjawab menguruskan ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Beliau akan menggantikan Li Keqiang yang akan bersara, yang secara meluas dianggap semakin diketepikan apabila Jinping mengetatkan cengkamannya ke atas pengurusan ekonomi.
Pemerhati kepimpinan berkata, hubungan akrab Qiang dengan Jinping menjadi kekuatan dan kelemahannya, walaupun mendapat kepercayaan Jinping, namun beliau masih terikat.
Pengasas bersama perundingan Trivium China, Trey McArver, berkata Qiang berkemungkinan jauh lebih berkuasa daripada pendahulunya.
"Jinping membelanjakan modal politik yang besar untuk membolehkan Qiang memegang jawatan itu, memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman dalam kerajaan pusat dan perintah berkurung Shanghai.
"Pegawai tahu bahawa Qiang adalah orang kanan Jinping.
"Beliau jelas berpendapat bahawa Qiang adalah seorang yang sangat cekap dan meletakkannya dalam kedudukan itu kerana mempercayai dan mengharapkan banyak daripadanya," katanya.
Qiang terkenal kerana mengawasi perintah berkurung COVID-19 pada awal tahun lalu terhadap 25 juta penduduk Shanghai, yang menutup ekonomi bandar itu dan meninggalkan kesan psikologi dalam kalangan penduduknya.
Tindakan itu menjadikan beliau sasaran kemarahan, namun ia tidak menggagalkan kenaikan pangkatnya.
Beliau juga memainkan peranan dalam mendesak penghentian secara tiba-tiba China terhadap dasar sifar-COVID pada akhir tahun lalu. - REUTERS