Jumaat, 3 Februari 2023 | 3:31pm
Gambar yang diambil pada 12 November 2022, menunjukkan kapal persiaran The Majestic Princess sedang bersedia untuk berlepas ke Melbourne dari Terminal Antarabangsa di Circular Quay di Sydney. - Foto AFP
Gambar yang diambil pada 12 November 2022, menunjukkan kapal persiaran The Majestic Princess sedang bersedia untuk berlepas ke Melbourne dari Terminal Antarabangsa di Circular Quay di Sydney. - Foto AFP

Penumpang dipindahkan selepas kabin kapal persiaran terbakar

SYDNEY: Sebuah kapal persiaran terpaksa berlabuh di Sydney, Australia untuk memindahkan penumpang yang terjejas berikutan kebakaran berlaku di kabin penginapan kapal itu.

Kapal yang berlabuh di Terminal Pelayaran White Bay itu terbakar pagi ini dan dua penumpang telah dirawat oleh paramedik sebelum dihantar ke hospital.

Penguasa Bomba dan Penyelamat NSW (FRNSW), Adam Dewberry memberitahu Xinhua, kapal itu membawa kira-kira 800 penumpang dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan kapal berkenaan kembali meneruskan operasi seperti biasa.

"Kebakaran bermula di kabin penginapan di Aras 5 kapal itu.

"Sebagai langkah berjaga-jaga Tahap 5 dan Tahap 6 penumpang yang terjejas telah dipindahkan dan kapal kemudian kembali beroperasi seperti biasa," menurut FRNSW dalam satu kenyataan.

Dewberry berkata jumlah sebenar mangsa yang terjejas dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

- BERNAMA

Berita Harian X