BASRA: Seorang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera hari ini apabila rempuhan berlaku di luar stadium bola sepak di Iraq beberapa jam sebelum perlawanan akhir Piala Teluk, kata sumber perubatan dan keselamatan.
Beribu-ribu peminat tanpa tiket telah berkumpul di luar stadium di bandar utama di selatan Iraq, Basra sejak subuh dengan harapan dapat menyaksikan perlawanan antarabangsa yang jarang berlaku di tempat sendiri antara Iraq dan Oman yang dijadualkan bermula jam pukul 7 malam (waktu tempatan).
"Terdapat satu kematian dan berpuluh-puluh cedera ringan," kata seorang doktor.
Seorang pegawai kementerian dalam negeri memberikan jumlah angka yang sama. - AFP