BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Palestin mengesahkan dua rakyatnya dibunuh di Tebing Barat, selepas pertempuran ganas tercetus di kem pelarian Jenin dalam serbuan tentera Zionis sebelum waktu subuh.
Kumpulan jihad Islam dalam kenyataan turut mendakwa seorang lelaki yang terbunuh adalah ketuanya.
Bagaimanapun tiada maklum balas segera mengenai insiden itu daripada tentera Israel.
Awal minggu ini, enam rakyat Palestin terbunuh dalam insiden berasingan, di tengah-tengah keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat.
Israel dikesan bertindak keras ke atas militan dan penunjuk perasaan di seluruh Tebing Barat dalam serbuan hampir setiap hari dan sering berakhir dengan pertempuran maut, ekoran beberapa siri serangan jalanan maut oleh rakyat Palestin di Israel awal tahun ini.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, seramai 210 rakyat Palestin terbunuh tahun ini, termasuk mereka yang maut semasa konflik di Gaza pada Ogos lalu. Mangsa termasuk orang awam.
Menurut angka tentera Israel pula, seramai 23 orang awam dan lapan anggota keselamatan terbunuh dalam serangan Palestin di Israel dan Tebing Barat, manakala yang juga menyatakan seramai 136 rakyat Palestin terbunuh tetapi tidak termasuk korban di Gaza. - REUTERS