Rabu, 30 November 2022 | 5:54pm
Bekas Presiden China, Jiang Zemin yang menerajui China melalui era tranformasi dari akhir 1980-an hingga alaf baharu, meninggal dunia pada usia 96 tahun. - Foto fail AP
Bekas Presiden China, Jiang Zemin yang menerajui China melalui era tranformasi dari akhir 1980-an hingga alaf baharu, meninggal dunia pada usia 96 tahun. - Foto fail AP

Bekas Presiden China, Jiang Zemin meninggal dunia akibat leukemia

BEIJING: Bekas Presiden, Jiang Zemin yang menerajui China melalui era tranformasi dari akhir 1980-an hingga alaf baharu, meninggal dunia pada usia 96 tahun hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Zemin mengambil alih kuasa selepas peristiwa berdarah pembunuhan beramai-ramai di Dataran Tiananmen pada 1989 dan mengetuai negara paling ramai penduduk dunia itu ke arah kemunculannya sebagai kuasa besar di pentas global.

"Mendiang meninggal dunia akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Shanghai pada jam 12.13 tengah hari tadi dan diumumkan pada Rabu," lapor Xinhua.

Ketika Zemin menggantikan Deng Xiaoping sebagai pemimpin pada 1989, China masih di peringkat awal pemodenan ekonomi.

China adalah ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia, Beijing memperoleh Sukan Olimpik 2008 dan negara itu menuju ke status kuasa besar, semasa mendiang bersara sebagai Presiden pada 2003.

Penganalisis berkata, Zemin dan 'Geng Shanghai' terus memberi pengaruh ke atas politik komunis lama, biarpun selepas meninggalkan jawatan tertinggi.

Mendiang meninggalkan isterinya, Wang Yeping dan dua anak lelaki. - AFP

Berita Harian X