Selasa, 15 November 2022 | 2:47am
(Gambar fail) Zabihullah Mujahid - FOTO AP
(Gambar fail) Zabihullah Mujahid - FOTO AP

Hakim diarahkan kuat kuasa undang-undang syariah di Afghanistan

KABUL: Pemimpin tertinggi Afghanistan telah mengarahkan hakim untuk menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang syariah di negara ini, kata ketua jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.

Mujahid dalam ciapan lewat kelmarin berkata, arahan oleh Hibatullah Akhundzada itu menyusul selepas pemimpin berkenaan mengadakan perjumpaan dengan kumpulan hakim di Afghanistan.

Akhundzada yang tidak pernah dirakamkan gambarnya dalam khalayak ramai sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos tahun lalu, memerintah dengan dekri dari Kandahar yang juga tempat kelahiran gerakan itu.

"Semak fail pencuri, penculik dan penghasut dengan teliti. Jika ada mana-mana fail yang didapati memenuhi syarat hudud dan qisas, maka anda wajib untuk melaksanakannya.

"Ini adalah ketetapan syariah, dan perintah saya, yang wajib," ciap Mujahid memetik Akhundzada sebagai berkata. - AFP

Berita Harian X