Rabu, 2 November 2022 | 4:56pm
Pasukan keselamatan Israel di tempat kejadian serangan merempuh kenderaan di Persimpangan Almog di Tebing Barat. - Foto AGENSI
Pasukan keselamatan Israel di tempat kejadian serangan merempuh kenderaan di Persimpangan Almog di Tebing Barat. - Foto AGENSI

Rakyat Palestin terbunuh selepas cederakan tentera Israel

BAITULMAQDIS: Tentera Israel membunuh seorang warga Palestin hari ini, selepas mangsa mencederakan seorang anggota tentera, ketika kiraan undi pilihan raya umum sedang dijalankan di Israel.

Menurut tentera Israel, lelaki itu dibunuh selepas ditembak di pusat pemeriksaan Maccabim berhampiran bandar Modiin.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian mangsa.

"Penyerang keluar daripada kenderaannya sambil memegang kapak untuk menyerang anggota tentera, yang melepaskan tembakan dan membunuhnya.

"Anggota tentera itu mengalami kecederaan serius dan dibawa ke hospital," kata tentera Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan mangsa adalah Habas Rayan, 54.

Serangan itu berlaku ketika keputusan awal pilihan raya Israel diumumkan, yang menyaksikan pemimpin veteran berhaluan kanan, Benjamin Nentahayu mendahului secara tipis.

Beliau mengetuai gabungan parti agama dan parti politik berhaluan ekstrim kanan. - AFP

Berita Harian X