Rabu, 2 November 2022 | 2:46pm
China mengarahkan penutupan tujuh hari di kawasan sekitar kilang utama kumpulan teknologi Foxconn di Zhengzhou iaitu kilang iPhone terbesar di dunia. - Foto REUTERS
China mengarahkan penutupan tujuh hari di kawasan sekitar kilang utama kumpulan teknologi Foxconn di Zhengzhou iaitu kilang iPhone terbesar di dunia. - Foto REUTERS

COVID-19: Kilang iPhone terbesar dunia ditutup

ZHENGZHOU: China mengarahkan penutupan tujuh hari di kawasan sekitar kilang utama kumpulan teknologi Foxconn di Zhengzhou iaitu kilang iPhone terbesar di dunia.

Sekatan dibuat sehingga 9 November itu susulan kes COVID-19 di Zhengzhou melonjak kepada 359 semalam, meningkat daripada 95 kes sehari sebelumnya.

Kerajaan menegaskan, tiada kenderaan dibenarkan beroperasi kecuali mereka yang membawa keperluan dan semua orang tidak boleh meninggalkan kediaman masing-masing kecuali melakukan ujian, sukarelawan pencegahan COVID-19 dan pekerja penting.

Dalam video yang dikongsi secara meluas di media sosial, orang ramai dilihat keluar dari kemudahan Foxconn.

Beberapa pekerja mengadu keadaan menjadi teruk dan terpaksa meninggalkan kilang dengan berjalan kaki untuk mengelak sekatan pengangkutan COVID-19.

Penutupan itu sekali gus mencerminkan pendekatan sifar COVID China untuk menghentikan wabak dan berkemungkinan akan mengganggu lagi pangkalan operasi utama Foxconn.

Foxconn memaksa sebahagian daripada 200,000 kakitangannya dikuarantin dan mendorong yang lain meninggalkan kemudahan itu.

Penutupan itu akan merumitkan usaha untuk merekrut dan membawa masuk kakitangan baharu serta bahan pengeluaran kapal untuk memastikan operasi berjalan. - AFP

Berita Harian X