SEOUL: Sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh manakala 76 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween, lapor Yonhap memetik pihak berkuasa bomba pada Ahad.
Insiden itu berlaku pada Sabtu malam di kawasan berhampiran Hotel Hamilton di pusat hiburan malam yang terkenal, menurut saksi.
Berpuluh-puluh ribu pengunjung melawat kawasan itu sempena pesta Halloween.
Setakat awal pagi Ahad, seramai 149 orang termasuk dua warga asing disahkan terbunuh dengan 76 yang lain cedera, 57 daripadanya parah dan jumlah korban dijangka meningkat, menurut pihak berkuasa bomba.
Kebanyakan mangsa dalam lingkungan 20-an, kata pihak berkuasa.
Pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian dan memberikan bantuan CPR ke atas berpuluh-puluh mangsa.
Punca sebenar kejadian masih belum diketahui. - BERNAMA
At least 149 people have been killed with 76 others injured in a deadly stampede in Seoul's Itaewon district, as huge crowds of partygoers stampeded at late-night Halloween celebrations, Yonhap News Agency quoted fire authorities Sunday.
Public pic.twitter.com/iOJ2yawplT— BERNAMA (@bernamadotcom) October 30, 2022
Pasukan penyelamat yang dihantar ke tempat kejadian telah memberikan CPR kepada puluhan mangsa di jalan berhampiran.
"Apabila orang di hadapan jatuh, mereka di belakang menghentam," seorang saksi berusia 20-an memberitahu Agensi Berita Yonhap.
Punca sebenar insiden masih belum diketahui. – BERNAMA