Isnin, 24 Oktober 2022 | 4:39pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Iran tahan 10 didakwa ejen bekerja untuk Israel

DUBAI: Iran menahan 10 individu didakwa sebagai ejen bekerja untuk Israel di wilayah Azerbaijan, lapor agensi berita Fars.

Menurut laporan itu, individu berkenaan didakwa terbabit dalam komunikasi video secara langsung dengan pegawai agensi perisikan Israel, Mossad.

Iran dan Israel sudah bermusuhan sekian lama, dengan rejim Zionis menuduh Iran menyokong serangan pejuang ke atasnya. Tehran pula mendakwa Israel melakukan sejumlah pembunuhan terhadap pegawai Iran.

Israel bagaimanapun tidak mengesah mahu menafikan laporan tindakan sedemikian.

"Mereka membakar kenderaan serta kediaman individu yang berkait dengan pihak keselamatan, dan memperoleh wang atas gambar yang mereka ambil serta hantar kepada ejen Mossad," dakwa laporan Fars tanpa huraian lanjut. - REUTERS

Berita Harian X