Isnin, 15 Ogos 2022 | 11:26am
Gambar hiasan. - Foto AFP
Gambar hiasan. - Foto AFP

Kanak-kanak semua peringkat umur dibenar masuk Masjidil Haram

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa kanak-kanak dari semua peringkat umur dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Makkah, lapor akhbar Saudi Gazette.

Pengumuman itu dikeluarkan oleh kementerian berkenaan dalam akaun Twitter rasminya dengan menyatakan bahawa ibu bapa kini dibenarkan membawa anak-anak bersama mereka masuk ke Masjidil Haram.

Kementerian itu turut menjelaskan kaedah pengeluaran permit untuk kanak-kanak.

Mereka yang berumur lima tahun ke atas perlu mendapatkan permit khas melalui aplikasi Eatmarna, manakala ibu bapa dibenarkan membawa anak di bawah usia lima tahun untuk masuk ke Masjidil Haram tanpa perlu mendapatkan permit.

Sementara itu, pemegang semua jenis visa dan pelawat dari mana-mana negara yang pergi ke Arab Saudi untuk tujuan pelancongan dan lawatan turut dibenar menunaikan umrah sepanjang berada di negara itu. – AGENSI

Berita Harian X