Khamis, 28 Julai 2022 | 10:36pm
Pekerja penyelamat mencari mangsa banjir di kampung Imamzadeh Davoud, utara Tehran. - Foto REUTERS
Pekerja penyelamat mencari mangsa banjir di kampung Imamzadeh Davoud, utara Tehran. - Foto REUTERS

6 maut akibat tanah runtuh susulan hujan lebat di Tehran

TEHRAN: Sekurang-kurangnya enam orang terkorban dan 14 lagi masih hilang selepas tanah runtuh akibat hujan lebat di Tehran.

Laporan media kerajaan Iran menyatakan pegawai memberi amaran bahawa hujan lebih lebat dijangka berlaku lewat hari ini.

Pekerja penyelamat meredah banjir lumpur mencari mangsa yang terselamat di kampung Imamzadeh Davoud, utara Tehran. - Foto REUTERS
Pekerja penyelamat meredah banjir lumpur mencari mangsa yang terselamat di kampung Imamzadeh Davoud, utara Tehran. - Foto REUTERS

Ketua Pusat Kecemasan Tehran, Yahya Saleh Tabari, menggesa orang ramai supaya mengelakkan kawasan pergunungan dan kawasan tepi sungai di ibu negara itu.

Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dalam tanah runtuh kesan banjir kilat yang membasahi kaki pergunungan Alborz awal pagi tadi, yang turut merosakkan tempat suci Imamzadeh Davood di barat laut Tehran.

Pekerja penyelamat bersama angin pengesan yang diguna bagi mencari mangsa banjir di di kampung Imamzadeh Davoud, utara Tehran. - Foto REUTERS
Pekerja penyelamat bersama angin pengesan yang diguna bagi mencari mangsa banjir di di kampung Imamzadeh Davoud, utara Tehran. - Foto REUTERS

Kuil yang bermula sejak zaman Safavid (1501-1736) itu terletak berhampiran dengan resort ski Tochal dan menjadi laluan trek yang popular pada musim panas.

Gabenor Tehran, Mohsen Mansouri, berkata sebahagian besar penduduknya gagal mematuhi amaran hujan lebat dan banjir.

Tambah beliau, beberapa kawasan lain di Greater Tehran turut dilanda banjir, termasuk Pardis, Shemiranat dan Damavand.

Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Pirhossein Kolivand, memberitahu stesen televisyen kerajaan bahawa 18 daripada 31 wilayah di negara itu dilanda banjir.

Pekerja penyelamat dan sukarelawan meredah banjir lumpur mencari mangsa yang terselamat di kampung Imamzadeh Davoud, utara Tehran. - Foto REUTERS
Pekerja penyelamat dan sukarelawan meredah banjir lumpur mencari mangsa yang terselamat di kampung Imamzadeh Davoud, utara Tehran. - Foto REUTERS

Pada Sabtu, banjir kilat berlaku di selatan Iran Fars membunuh 22 orang. - REUTERS

Berita Harian X