Isnin, 25 Julai 2022 | 6:30pm
Anggota tentera terus berkawal di pintu utama Sekretariat Presiden di Colombo, Sri Lanka, terus menjadi tumpuan penunjuk perasaan dan aktivis. - Foto AFP
Anggota tentera terus berkawal di pintu utama Sekretariat Presiden di Colombo, Sri Lanka, terus menjadi tumpuan penunjuk perasaan dan aktivis. - Foto AFP

Sekolah di Sri Lanka dibuka semula selepas sebulan

COLOMBO: Sri Lanka hari ini membuka semula sekolah awam milik kerajaan dan swasta, yang ditutup selama hampir sebulan akibat kekurangan bekalan bahan api, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, sekolah hanya dibuka tiga hari seminggu - pada Isnin, Selasa dan Khamis - dengan pelajar akan menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian pada Rabu dan Jumaat.

Kementerian Pendidikan juga melanjutkan penggal pertama persekolahan sehingga 7 September ini.

Sekolah juga tidak akan menjalankan peperiksaan pada akhir penggal pertama, dan pengetua diarah untuk melaksanakan penilaian alternatif.

Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, mengarahkan pegawai bertanggungjawab untuk membekalkan bahan api kepada pengendali bas sekolah.

Terdapat hampir 40,000 kenderaan yang terbabit bagi mengangkut pelajar ke sekolah. - BERNAMA

Berita Harian X