Sabtu, 23 Julai 2022 | 8:52am
Samina Baig, 32, mendaki Gunung K2 pada pagi Jumaat. - Foto Instagram/saminabaigofficial
Samina Baig, 32, mendaki Gunung K2 pada pagi Jumaat. - Foto Instagram/saminabaigofficial

Pendaki wanita Pakistan, Iran, Lubnan catat rekod tawan puncak Gunung K2

NEW DELHI: Pendaki wanita dari Pakistan, Iran dan Lubnan mencipta rekod apabila berjaya menawan puncak K2, gunung kedua tertinggi di dunia.

Pendaki gunung terkenal Samina Baig, 32, mendaki Gunung K2 pagi semalam, lapor media Pakistan.

Gunung setinggi 8,611 meter di Banjaran Karakoram itu kurang kira-kira 200 meter berbanding Gunung Everest yang tertinggi di dunia.

Samina juga adalah satu-satunya wanita pertama Pakistan yang telah mendaki Everest.

Afsaneh Hesamifard dari Iran dan Nelly Attar, warga Lubnan yang dibesarkan di Arab Saudi, juga menjadi wanita pertama dari negara masing-masing berjaya ke puncak K2.

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pendaki lelaki dan wanita dari beberapa negara yang cuba mendaki K2.

Seorang lagi wanita Pakistan daripada kumpulan pendaki itu, Naila Kiani juga berjaya ke puncak.

Pendakian K2 dianggap antara yang paling berbahaya di dunia kerana bentuk muka bumi dan cuacanya yang berbahaya.

Pendaki Afghanistan Ali Akbar Sakhi, yang adalah sebahagian daripada pasukan ekspedisi, meninggal dunia semasa percubaan itu akibat serangan jantung, menurut laporan akhbar Dawn.

- BERNAMA

Berita Harian X