Isnin, 4 Julai 2022 | 1:44pm
 Angka kematian akibat tanah runtuh minggu lalu di Manipur, timur laut India mencecah 42 orang pada Isnin ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kelima. - Foto AFP
Angka kematian akibat tanah runtuh minggu lalu di Manipur, timur laut India mencecah 42 orang pada Isnin ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kelima. - Foto AFP

Angka kematian 42 orang, tanah runtuh di Manipur, India

NEW DELHI: Angka kematian akibat tanah runtuh minggu lalu di Manipur, timur laut India mencecah 42 orang pada Isnin ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kelima.

Menurut pegawai di daerah Noney, 20 orang masih hilang dalam tanah runtuh yang menjejaskan kem pembinaan landasan kereta api Tupul pada tengah malam Rabu lalu.

"Operasi menyelamat masih diteruskan. Pada hari pertama, 18 orang mangsa yang masih hidup berjaya diselamatkan. Ketika ini, harapan untuk menemukan mangsa yang masih hidup semakin tipis," kata pegawai kanan pentadbiran Solomon Fimate kepada Agensi Anadolu.

 20 orang masih hilang dalam tanah runtuh yang menjejaskan kem pembinaan landasan kereta api Tupul pada tengah malam Rabu lalu. - Foto AFP
20 orang masih hilang dalam tanah runtuh yang menjejaskan kem pembinaan landasan kereta api Tupul pada tengah malam Rabu lalu. - Foto AFP

Pegawai itu turut berkata pengecaman mayat juga semakin sukar berikutan keadaan mayat yang semakin mereput.

Antara korban ialah anggota Tentera India yang ditugaskan untuk mengawasi landasan kereta api sedang dalam pembinaan itu. – BERNAMA

Berita Harian X