SYDNEY: Perkhidmatan kecemasan Australia mengarahkan ribuan orang di Sydney untuk berpindah hari ini apabila sungai mulai melimpah membanjiri kawasan tanah serta empangan terbesar di bandar itu turut di paras bahaya.
Pada hari ketiga hujan lebat di pantai timur, penyelamat berkata mereka sudah menyelamatkan kira-kira 20 orang dalam tempoh 12 jam yang lalu, yang kebanyakannya terperangkap dalam kereta di jalan raya yang dilanda banjir di New South Wales.
Australia kini berada dalam situasi perubahan iklim yang mendadak, dengan kemarau, kebakaran belukar, kerosakan batu karang Great Barrier Reef dan banjir luar biasa biasa dan perubahan paten cuaca.
Suhu yang lebih tinggi bermakna atmosfera menjadi lebih lembap dan akan mengeluarkan lebih banyak hujan.
Pegawai kanan Perkhidmatan Kecemasan Negeri, Ashley Sullivan, berkata, kira-kira 32,000 orang berada di bawah arahan atau amaran pemindahan di New South Wales.
"Kami mengesan sungai naik dengan cepat, jauh lebih cepat daripada jangkaan," kata Sullivan kepada penyiar kebangsaan ABC.
Katanya, perairan di beberapa kawasan mungkin melebihi paras yang dicapai ketika bencana banjir maut yang dialami di pantai timur Australia dalam dua tahun lalu.
Pada Mac tahun ini sahaja, lebih 20 orang maut air banjir sehingga paras bumbung dan deras serta menghanyutkan kereta dari jalan raya.
Pagi ini, gambar yang disiarkan di televisyen menunjukkan perairan sungai berwarna coklat lumpur sudah mengubah kawasan yang luas menjadi tasik di pinggir bandar Camden di barat daya Sydney, manakala jalan raya turut hilang dalam perairan serta rumah dilihat hanyut di dalam air setinggi lutut dan ada yang roboh.
Jumlah air di Empangan Warragamba turut menumpahkan air berlebihan sejak semalam. - AFP