Rabu, 27 April 2022 | 4:58pm
Orang ramai berkumpul di sekeliling kereta kuda yang rosak selepas wayar kuasa voltan tinggi jatuh ke atasnya, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang, semasa perarakan dalam perayaan kuil di kampung Kalimedu, daerah Thanjavur. - Foto REUTERS

11 mati akibat renjatan elektrik

MUMBAI: Satu kejadian renjatan elektrik di selatan India mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang termasuk dua kanak-kanak apabila kenderaan dinaiki mereka tersangkut pada talian penghantaran dan terbakar.

Pihak berkuasa, berkata kesemua mangsa dipercayai menaiki kenderaan perarakan keagamaan.

Puluhan mangsa lain turut tercedera di daerah Thanjavur di wilayah Tamil Nadu selatan selepas kenderaan pedati setinggi 2.7 meter dan ditarik oleh pengikut, melanggar talian bervoltan tinggi.

Perdana Menteri, Narendra Modi, berkata beliau berharap mereka yang tercedera akan segera sembuh.

Beliau dalam ciapan di Twitternya turut mengucapkan takziah kepada mereka yang berduka.

Sesetengah mangsa cedera akibat terjatuh selepas renjatan elektrik, manakala yang lain lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri daripada api.

Kereta kuda itu yang sedang dalam perjalanan pulang dari kuil berhampiran, kemudian dibiarkan hangus.

Jentera bomba dan pegawai tempatan turut menyertai usaha menyelamat. - REUTERS

Berita Harian X