Isnin, 11 April 2022 | 3:57pm
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

6 rentung dalam kebakaran kilang kimia di India

AHMEDABAD: Satu kebakaran besar akibat letupan di sebuah loji bahan kimia di Gujarat, India, meragut sekurang-kurangnya enam nyawa sebelum api berjaya dikawal, kata pihak berkuasa hari ini.

Kebakaran itu bermula semalam di hab unit pengilangan bahan kimia dan petrokimia di kawasan perindustrian Dahej milik kerajaan, namun puncanya masih belum dikenal pasti.

Seorang pegawai polis di Dahej, Rajendrasinh Gohil, memaklumkan kebakaran itu menyebabkan kilang bahan kimia itu mengalami kerosakan yang amat teruk.

"Enam individu rentung terbakar," katanya.

Pihak bomba memaklumkan sudah berjaya mengawal kebakaran di loji pengilangan Om Organic yang terletak kira-kira 230 kilometer di selatan bandar komersial Ahmedabad.

Pihak pengurusan loji itu tidak memberi sebarang kenyataan setakat ini. - REUTERS

Berita Harian X