Khamis, 7 April 2022 | 10:36am
Gambar hiasan
Gambar hiasan

China gesa AS, UK, Australia buang mentaliti perang dingin

BEIJING: Jurucakap Kementerian Luar China menggesa Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia membuang mentaliti perang dingin menerusi kerjasama trilateral baharu atas nama AUKUS.

Zhao Lijian berkata, kerjasama itu sepatutnya membawa aspirasi keamanan, kestabilan dan pembangunan dan kerjasama menang-menang bagi negara di rantau Asia Pasifik.

Kenyataan Lijian itu dibuat selepas AS, UK dan Australia berkata bahawa mereka sedang mengusahakan senjata hipersonik di bawah pakatan keselamatan tiga hala baharu AUKUS.

Mengeksploitasi krisis Ukraine dan menggunakan alasan untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan di Asia-Pasifik, beliau berkata, AUKUS mengisytiharkan bahawa AS dan UK akan menyediakan kapal selam berkuasa nuklear kepada Australia dan tiga negara itu akan bekerjasama dalam membangunkan teknologi ketenteraan canggih seperti senjata hipersonik.

"Keputusan sedemikian bukan sahaja meningkatkan risiko peningkatan senjata nuklear dan juga memperhebat perlumbaan senjata dan menjejaskan keamanan dan kestabilan di Asia-Pasifik.

"Negara-negara di rantau berkenaan juga perlu terus berada dalam keadaan berjaga-jaga yang lebih tinggi," kata Lijian.

Beliau juga berkata, kerjasama AUKUS itu adalah rumpun Anglo-Saxon, di mana pemikiran lama dengan mentaliti perang dingin dan muslihat politik untuk mencetuskan konfrontasi tentera.

"Matlamat utamanya adalah untuk membina replika NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) di Asia-Pasifik untuk berkhidmat kepada hegemoni politik AS.

"Kita yakin negara di rantau Asia-Pasifik dengan tegas akan mengatakan tidak kepada usaha sedemikian," katanya. - AGENSI

Berita Harian X