Rabu, 6 April 2022 | 9:10pm
Taliban menegaskan tentera mereka telah mengalahkan DAESH, tetapi penganalisis berkata, kumpulan itu adalah cabaran keselamatan utama kepada Taliban yang kini memerintah Afghanistan. - Foto AFP
Taliban menegaskan tentera mereka telah mengalahkan DAESH, tetapi penganalisis berkata, kumpulan itu adalah cabaran keselamatan utama kepada Taliban yang kini memerintah Afghanistan. - Foto AFP

6 cedera dalam serangan bom tangan di masjid Afghanistan

KABUL: Enam orang cedera dalam letupan bom tangan di sebuah masjid di ibu negara Afghanistan hari ini, kata polis, beberapa minit selepas jemaah menunaikan solat zohor di bulan suci, Ramadan.

Serangan terhadap sasaran awam sebahagian besarnya telah berkurangan sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos tahun lalu, tetapi kumpulan DAESH terus beroperasi di seluruh negara.

"Kami telah selesai solat dan sedang menuju keluar dari masjid apabila letupan berlaku," kata jemaah, Mohammed Yasin kepada AFP.

Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran, memberitahu AFP sebutir bom tangan dilemparkan ke dalam masjid Pul-e-Khisti dan seorang suspek telah ditangkap di tempat kejadian.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, tetapi kumpulan DAESH-Khorasan (IS-K) telah melakukan serangan baru-baru ini di Kabul dan bandar-bandar lain.

Pegawai Taliban menegaskan tentera mereka telah mengalahkan DAESH, tetapi penganalisis berkata, kumpulan itu adalah cabaran keselamatan utama kepada Taliban yang kini memerintah Afghanistan. - AFP

Berita Harian X