SYDNEY: Puluhan ribu rakyat Australia terpaksa berpindah dan pihak berkuasa memindahkan hospital hari ini susulan hujan lebat yang membadai kawasan pantai timur negara itu.
Sebelas kematian dilaporkan sejak cuaca ekstrem 'tiba' pada minggu lalu, sehingga menenggelamkan pusat bandar, merosakkan kediaman dan memutuskan bekalan elektrik.
Ribut kencang sedang bergerak dari Queensland ke negeri jiran iaitu New South Wales.
Ia dijangka melanda Sydney yang diduduki lebih lima juta orang hari ini.
"Ratusan ribu orang terkesan dengan keadaan ini," kata Menteri Perkhidmatan Kecemasan New South Wales, Stephanie Cooke, ketika memberitahu stesen penyiaran ABC pagi tadi.
"Ia tidak berakhir dengan sebarang imaginasi," tambahnya.
Biro Meteorologi memberi peringatan kepada penduduk Sydney supaya bersiap siaga untuk menghadapi hujan selama beberapa jam dalam tempoh beberapa bulan, kata seorang pegawainya, Warragambar Dam.
Paras bekalan air di kolam tadahan utama untuk bandar Sydney juga mula melimpah pagi tadi.
Biro cuaca negara itu memberi amaran Sydney dan wilayah sekitarnya akan menerima sehingga 200 milimeter (mm) hujan dalam tempoh enam jam sehari.
Menurut data rasmi, isipadu hujan yang direkodkan di Sydney bulan ini adalah 138 mm.
Di utara bandar Balina, hospital utama terpaksa dipindahkan menjelang kemuncak jangkaan banjir.
Di Lismore, sebuah bandar terletak agak jauh ke utara yang dibadai teruk semalam, penduduk menunggu paras air surut memadai bagi membolehkan perkhidmatan kecemasan menghantar bekalan kecemasan.
Kru kecemasan New South Wales membawa 300 penyelamat banjir selepas menerima 2,2000 permohonan bantuan semalaman.
Helikopter tentera kelihatan menyelamatkan mangsa banjir yang berada atas bumbung, manakala seorang pemandu terkandas dan haiwan diselamatkan dari sebuah jambatan selepas paras air naik mendadak sehingga menenggelamkan laluan masuk dan keluar.
Seorang mangsa, Cassie Skilings, yang terkandas di jambatan terbabit bersama kakak dan anak saudaranya berkata, seorang penduduk tempatan menyelamatkan mereka menggunakan sebuah bot.
"Ia begitu huru-hara, sebaik saja kapal kontena mula melanggar jambatan, saya memanggil penyelamat tetapi mereka kata tiada apa yang boleh mereka lakukan," katanya kepada stesen radio 2GB. - REUTERS