Rabu, 19 Januari 2022 | 8:35am
Orang ramai melihat bangunan yang musnah dalam serangan udara oleh pakatan tentera di ketuai Arab Saudi di bandar Sanaa, Yaman, yang dikawal kumpulan Houthi. - Foto EPA
Orang ramai melihat bangunan yang musnah dalam serangan udara oleh pakatan tentera di ketuai Arab Saudi di bandar Sanaa, Yaman, yang dikawal kumpulan Houthi. - Foto EPA

20 terbunuh dalam serangan terbaharu pakatan Arab Saudi

ADEN: Serangan udara oleh pakatan tentera diketuai Arab Saudi terhadap sebuah bangunan di Sanaa, Yaman bagi menentang kumpulan Houthi, mengorbankan 20 orang termasuk orang awam.

Menurut media Houthi dan penduduk di situ, serangan di bandar Sanaa yang dikawal kumpulan itu adalah antara yang terburuk sejak 2019.

Difahamkan, seramai 14 orang terbunuh apabila pesawat pakatan tentera itu menyerang rumah seorang pegawai tinggi tentera Houthi, termasuk isteri dan anak lelakinya, menurut jiran dan seorang doktor.

Orang ramai melihat kesan kerosakan rumah di bandar Sanaa Yemen. - Foto REUTERS
Orang ramai melihat kesan kerosakan rumah di bandar Sanaa Yemen. - Foto REUTERS

Serangan udara itu adalah susulan daripada serangan dron dan peluru berpandu kumpulan itu pada Isnin lalu, ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menyebabkan tiga terbunuh.

Pasukan pakatan tentera itu juga turut memintas lapan dron yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah Arab Saudi.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pula berkata, PBB bimbang dan kesal susulan serangan udara oleh pakatan itu, kata jurucakapnya Stephane Dujarric.

Orang ramai melihat bangunan yang musnah dalam serangan udara oleh pakatan tentera di ketuai Arab Saudi di bandar Sanaa, Yaman, yang dikawal kumpulan Houthi. - Foto AFP
Orang ramai melihat bangunan yang musnah dalam serangan udara oleh pakatan tentera di ketuai Arab Saudi di bandar Sanaa, Yaman, yang dikawal kumpulan Houthi. - Foto AFP

Kelmarin, Dujarric berkata, Guterres mengutuk serangan dron dan peluru berpandu ke atas UAE.

"Setiausaha Agung PBB sekali lagi meminta semua pihak untuk mengekang secara maksimum dan mencegah konflik ini daripada semakin meruncing," katanya.

UAE semalam meminta Majlis Keselamatan PBB membincangkan serangan dron dan peluru berpandu oleh kumpulan Houthi kelmarin.

"Kami berharap Majlis Keselamatan mengeluarkan satu kenyataan kukuh mengutuk serangan berkenaan," kata Duta UAE ke PBB, Lana Nusseibeh.

Orang ramai melihat bangunan yang musnah dalam serangan udara oleh pakatan tentera di ketuai Arab Saudi di bandar Sanaa, Yaman, yang dikawal kumpulan Houthi. - Foto EPA
Orang ramai melihat bangunan yang musnah dalam serangan udara oleh pakatan tentera di ketuai Arab Saudi di bandar Sanaa, Yaman, yang dikawal kumpulan Houthi. - Foto EPA

Kumpulan diplomat berkata, ahli jawatankuasa majlis itu mungkin akan bermesyuarat secara tertutup pada minggu ini.

Serangan pakatan berkenaan di sekitar bandar itu yang berlanjutan semalaman mengorbankan sejumlah kira-kira 20 orang, kata Timbalan Menteri Luar Negeri bagi pentadbiran Houthi, yang menguasai sebahagian besar utara Yaman, menerusi Twitter.

Dalam satu serangan oleh kumpulan Houthi, beberapa trak minyak meletup di dua tapak perindustrian di Abu Dhabi dan mencetuskan kebakaran berhampiran lapangan terbang Abu Dhabi. - REUTERS

Berita Harian X