Isnin, 17 Januari 2022 | 8:42am
 Foto hiasan
Foto hiasan

Kes COVID-19 di Arab Saudi melonjak

RIYADH: Kes harian COVID-19 di Arab Saudi menyaksikan lonjakan ketara yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun kes kritikal jauh lebih rendah dengan perbezaan yang jelas daripada peringkat sebelumnya.

Memetik laporan Saudi Gazette, kes baharu COVID-19 di Arab Saudi pada Ahad kekal melebihi paras 5,000 dengan 5,477 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan 336 kes daripada kes aktif berada dalam keadaan kritikal.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Mohammed Al-Abdali berkata negara yang mengalami peningkatan kes kritikal adalah negara yang tidak melengkapkan dos vaksin dan enggan mengikuti kempen vaksinasi.

Beliau berkata keluk epidemiologi di negara itu memantau penurunan dalam kadar pecutan, sambil menekankan jumlah kes akan mencatatkan penurunan tidak lama lagi.

Arab Saudi berada di tangga 79. - sumber https://www.worldometers.info/coronavirus/
Arab Saudi berada di tangga 79. - sumber https://www.worldometers.info/coronavirus/

Setakat ini Arab Saudi sudah memberikan 53 juta dos vaksin sejak permulaan program vaksinasi.

Dr Al-Abdali berkata dos penggalak hanya diberikan kepada mereka yang berumur 16 tahun ke atas, dan ia tidak akan diberikan kepada mereka yang berumur di bawah 16 tahun kecuali selepas pengesahan dan kelulusan daripada jawatankuasa dan pakar negara itu.

Sementara itu Arab Saudi memulakan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. - AGENSI

Berita Harian X