Selasa, 11 Januari 2022 | 5:52pm
Pegawai tentera memeriksa bangkai pesawat F5E atas gunung Hwaseong, 40 kilometers di selatan Seoul, hari ini. - Foto EPA
Pegawai tentera memeriksa bangkai pesawat F5E atas gunung Hwaseong, 40 kilometers di selatan Seoul, hari ini. - Foto EPA
Jet pejuang F5E di selatan Seoul, hari ini. - Foto EPA
Jet pejuang F5E di selatan Seoul, hari ini. - Foto EPA

Juruterbang maut, jet terhempas

SEOUL: Seorang juruterbang Tentera Udara Korea Selatan maut dalam satu nahas jet pejuang F-5, hari ini, kata pegawai, seminggu selepas negara itu menghentikan penggunaan jet pejuang F-35.

Jet berkenaan terhempas di atas gunung di Hwaseong, kira-kira 50 kilometer ke selatan Seoul, menurut pihak berkuasa tentera.

Juruterbang pesawat yang mengendali berseorangan gagal menggunakan kerusi anjal untuk keluar dan terbunuh dalam nahas itu, kata kementerian pertahanan dalam satu kenyataan.

Tentera udara berkata, mereka sedang menyiasat punca kemalangan.

F-5E ialah jet pejuang generasi lama dengan reka bentuk bermula pada 1960-an.

Minggu lalu, Korea Selatan menghentikan penggunaan semua jet pejuang canggih F-35, selepas satu daripadanya terpaksa melakukan pendaratan cemas, berikutan kerosakan sistem yang besar.

Selepas roda atau gear pendaratan pada jet tidak berfungsi, juruterbang memilih untuk tidak melepaskan diri, sebaliknya mendarat terus menggunakan badan jet berkenaan, tanpa sebarang kecederaan. - AFP

Berita Harian X