Selasa, 11 Januari 2022 | 6:56am
Foto hiasan
Foto hiasan

4 pelajar maut dalam letupan di luar sekolah

JALALABAD, AFGHANISTAN: Satu letupan menggegarkan luar sebuah sekolah di daerah Lal Pur di wilayah timur Afghanistan Nangarhar semalam, membunuh empat pelajar dan mencederakan 10 yang lain, seorang pegawai daerah yang tidak mahu dikenali memberitahu Xinhua.

"Setakat ini, kami tidak mempunyai butiran lanjut, tetapi kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut," tambah pegawai itu.

Sementara itu, pengerusi majlis belia daerah, Nadir Muhmand, memberitahu Xinhua bahawa kejadian itu berlaku pada tengah hari apabila bom buatan yang dipasang pada kereta tolak diletupkan di luar Sekolah Warsak di Lal Pur.

Lebih 10 pelajar pelajar terjejas.

Saksi yang melihat kejadian, Muhmand berkata, mangsa yang terjejas dibawa ke hospital di daerah itu.

Pasukan keselamatan Taliban mengepung kawasan itu untuk langkah berjaga-jaga.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Militan yang bergabung dengan kumpulan DAESH telah mengaku bertanggungjawab atas beberapa serangan bom di Nangarhar dalam beberapa bulan kebelakangan ini. - AGENSI

Berita Harian X