Khamis, 6 Januari 2022 | 9:22am
Kereta kebal Israel melepaskan tembakan yang didakwa suspek di sepanjang sempadan Syria di Bukit Golan selepas mengesan kedudukan berhampiran tenteranya. - Foto Google
Kereta kebal Israel melepaskan tembakan yang didakwa suspek di sepanjang sempadan Syria di Bukit Golan selepas mengesan kedudukan berhampiran tenteranya. - Foto Google

Kereta kebal Israel serang selatan Syria

BAITULMAQDIS: Kereta kebal Israel melepaskan tembakan yang didakwa suspek di sepanjang sempadan Syria di Bukit Golan selepas mengesan kedudukan berhampiran tenteranya.

Menurut kenyataan ringkas tentera Zionis itu, tenteranya mengenal pasti suspek yang hampir dengan kedudukan tentera dan melepaskan tembakan daripada kereta kebal ke arah mereka.

"Suspek kemudian berpindah ke wilayah Syria," kata kenyataan itu.

Dalam Perang Enam Hari 1967, Israel merampas sebahagian daripada Bukit Golan yang strategik - bersempadan dengan Lubnan.

Agensi berita rasmi Syria, SANA berkata, tentera Israel juga menyerang dengan peluru kereta kebal di hutan perkampungan Al-Hurriyah di wilayah Quneitra Syria, yang bersempadan dengan bahagian yang diduduki Israel di Bukit Golan.

Menurut SANA, helikopter Israel dan pesawat peninjau turut terbang di atas kawasan itu.

Syrian Observatory for Human Rights, pemantau yang berpangkalan di UK, berkata kebakaran berlaku di hutan berhampiran kampung itu dan terdapat helikopter Israel hadir, tetapi tidak menyebut mangsa.

Israel menganggap kawasan bahagian selatan Syria ini sebagai barisan hadapan kedua Hizbullah, seteru ketat Israel iaitu, Iran.

Sejak 2011 dan meletusnya perang saudara Syria, Israel sudah melakukan ratusan serangan udara ke atas wilayah Syria, menyasarkan kedudukan kerajaan serta tentera sekutu yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah.

Israel berkata, ia cuba menghalang Iran, satu daripada sekutu utama Damsyik dalam konflik sivil selama sedekad itu, daripada mendapat tapak tentera tetap.

Pasukan Pertahanan Israel berkata, mereka menembak jatuh sebuah dron pemerhatian kecil Hizbullah yang terbang di atas sempadan Israel-Lubnan yang dikawal ketat. - AFP

Berita Harian X