Khamis, 6 Januari 2022 | 7:37am
Penunjuk perasaan terus mengadakan bantahan kenaikan harga bahan api di Almaty selain turut merusuh ke bangunan kerajaan. - Foto AFP
Penunjuk perasaan terus mengadakan bantahan kenaikan harga bahan api di Almaty selain turut merusuh ke bangunan kerajaan. - Foto AFP

Kazakhstan guna bantuan luar perangi keganasan

ALMATY: Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayevhari meminta bantuan pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) diketuai Russia bagi menangani pergolakan akibat bantahan kenaikan harga bahan api.

Tokayevhari mendakwa protes besar-besaran yang mengakibatkan negara itu dalam keadaan huru hara didalangi 'pengganas' yang menerima latihan di luar negara.

Kazakhstan sejak sekian lama dilihat sebagai satu daripada negara bekas Soviet di Asia Tengah yang paling stabil, dan kaya dengan sumber bahan api berdepan krisis terbesarnya dalam beberapa dekad selepas penunjuk perasaan marah terhadap kenaikan harga bahan api menyerbu bangunan kerajaan.

Tokayev berkata, beliau mendapatkan bantuan CSTO yang diketuai RusSia, yang merangkumi lima negara bekas Soviet yang lain, untuk memerangi kumpulan pengganas yang mencetuskan tunjuk perasaan itu.

"Mereka merampas bangunan dan infrastruktur dan yang paling penting, merampas premis menjual senjata," katanya dalam ucapan menerusi siaran televisyen.

Beliau berkata, kumpulan itu juga membawa lima pesawat di lapangan terbang di bandar terbesar negara itu, Almaty dan berkata bahawa tentera udara Kazakhstan turut terbabit dalam satu pertempuran berhampiran bandar itu.

"Kita berhasrat untuk bertindak sekuat mungkin... bersama-sama kita akan mengatasi tempoh hitam dalam sejarah Kazakhstan ini," katanya.

Di Almaty, wartawan AFP melihat beratus-ratus penunjuk perasaan - ada yang memakai topi keledar - berkumpul di pusat bandar dan mengarak kenderaan polis yang dibaluti bendera Kazakhstan.

Video di media sosial menunjukkan penunjuk perasaan merampas senjata, manakala yang lain menunjukkan kebanyakan jalan kosong dengan bunyi letupan dan senjata automatik tembakan di latar belakang, selepas pihak berkuasa tempatan mengumumkan permulaan operasi anti pengganas.

Protes merebak ke seluruh negara yang memiliki 19 juta penduduk sebagai kemarahan terhadap kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) sempena tahun baharu, yang digunakan secara meluas untuk mengisi bahan bakar kereta di barat negara itu.

Beribu-ribu orang turun ke jalan di Almaty dan di wilayah barat Mangystau, mengatakan kenaikan harga adalah tidak adil memandangkan rizab tenaga Kazakhstan yang luas di pengeksport minyak dan gas.

Pergolakan itu turut menyaksikan lebih 200 orang ditahan, beberapa ribu penunjuk perasaan turut menyerbu pejabat Datuk Bandar di Almaty sekali gus memaksa pasukan keselamatan melepaskan bom tangan dan gas pemedih mata ke arah orang ramai, beberapa bersenjatakan belantan dan perisai dirampas daripada polis, tetapi tidak dapat menghalang mereka daripada memasuki bangunan itu.

Media tempatan pula melaporkan, penunjuk perasaan kemudian mengarahkan pandangan mereka ke kediaman presiden di Almaty.

Kedua-dua ia dan pejabat Datuk Bandar dilaporkan terbakar.

Beberapa penerbangan dari Moscow ke bandar-bandar di Kazakhstan dibatalkan atau ditangguhkan selepas laporan bahawa penunjuk perasaan telah merampas lapangan terbang Almaty.

Media Kazakhstan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya lapan pegawai polis dan anggota tentera terbunuh dalam rusuhan itu, termasuk dua ketika membersihkan lapangan terbang.

Gambaran penuh kekacauan itu lambat muncul di media sosial selepas pihak berkuasa mengganggu komunikasi, termasuk penutupan internet di seluruh negara, penyekatan mesej dalam talian dan pemotongan perkhidmatan telefon mudah alih.

Gambaran penuh kekacauan itu masih muncul selepas pihak berkuasa mengganggu komunikasi selama beberapa jam, termasuk penutupan internet di seluruh negara, penyekatan penghantar dalam talian dan pemotongan perkhidmatan telefon mudah alih.

Kerajaan negara itu turut mengumumkan perintah darurat diperluaskan ke seluruh negara dan berkuat kuasa sehingga 19 Januari, dengan mengenakan perintah berkurung semalaman, menyekat pergerakan dan melarang perhimpunan besar-besaran. - AFP

Berita Harian X