Isnin, 27 Disember 2021 | 6:00pm
Foto hiasan
Foto hiasan

Pelepasan keselamatan diperlukan untuk pasangan Sri Lanka warga asing

COLOMBO: Warga asing yang berhasrat mengahwini warga Sri Lanka perlu memperoleh kebenaran keselamatan atau 'security clearance' daripada Kementerian Pertahanan di bawah peraturan baharu yang disambut dengan cemuhan oleh pembangkang.

Peraturan baharu yang dilihat sendiri AFP pada hari ini, menetapkan mulai minggu depan warga asing dikehendaki mendapatkan bil kesihatan yang 'bersih' selain memerlukan mereka membuat pemeriksaan keselamatan sebelum perkahwinan mereka, dengan Ketua Pendaftar W M Weerasekara mengaitkan dasar itu atas faktor kebimbangan 'keselamatan negara'.

"Kami mendapati beberapa warga asing yang mahu berkahwin dengan warga Sri Lanka di sini dengan motif tersembunyi seperti terbabit dalam pengedaran dadah dan penggubahan wang haram," katanya kepada akhbar tempatan, Sunday Times.

Peraturan baharu itu menimbulkan cemuhan daripada kalangan ahli parlimen pembangkang yang menegaskan mengapa beberapa ahli keluarga kerajaan memiliki dua kewarganegaraan.

"Bagaimana dengan pelepasan keselamatan untuk warga asing bagi memegang portfolio menteri kabinet?," soal penggubal undang-undang, Shanakiyan Rasamanickam menerusi ciapan twitter.

Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa memegang kerakyatan Amerika Syarikat (AS) sehingga dua tahun lalu.

Selepas berkuasa, beliau membatalkan peruntukan perlembagaan yang menghalang dua kewarganegaraan daripada bertanding dalam pilihan raya.

Abangnya, Basil yang juga menteri kewangan, kekal dengan dua kerakyatan AS dan Sri Lanka. - AFP

Berita Harian X