Sabtu, 25 Disember 2021 | 11:32am
(Gambar fail) Pesawat MiG-21 - FOTO AFP
(Gambar fail) Pesawat MiG-21 - FOTO AFP

Pesawat Tentera Udara India terhempas ketika latihan

NEW DELHI: Sebuah pesawat MiG-21 milik Tentera Udara India (IAF) terhempas di Rajasthan, semalam, menurut laporan Agensi Berita Xinhua yang memetik media tempatan.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika pesawat itu menjalani latihan dan setakat ini, nasib juruterbangnya belum dapat dipastikan.

"Kira-kira jam 8.30 malam (waktu tempatan), sebuah pesawat MiG-21 IAF mengalami kemalangan ketika menjalani latihan. Masih menunggu butiran lanjut," menurut kenyataan IAF.

IAF memaklumkan, siasatan sedang dijalankan dan lokasi sebenar nahas juga belum didedahkan.

Bagaimanapun, media tempatan yang memetik polis pula melaporkan pesawat itu terhempas di kawasan Taman Negara Gurun di daerah Jaisalme, Rajasthan.

Pada 8 Disember lalu, sebuah helikopter tentera terhempas di kawasan Coonoor di daerah Nilgiris, Chennai, sekali gus mengorbankan Ketua Turus Tentera India, Jeneral Bipin Rawat. – BERNAMA

Berita Harian X