Rabu, 22 Disember 2021 | 9:53am
- Hiasan. FOTO AFP
- Hiasan. FOTO AFP

Firma Russia bina 6 loji janakuasa nuklear di India

NEW DELHI: Firma nuklear Russia, Rosatom memulakan pembinaan unit baharu di stesen janakuasa nuklear Kudankulam, di Tamil Nadu, India.

Pembinaan Unit 6 Kudankulam itu dirasmikan pada Isnin, menurut Rosatom semalam.

Dua unit pertama di kompleks tenaga nuklear terbesar negara, berdasarkan teknologi VVER-1000, mula beroperasi secara komersial.

Pada tahun 2017, Atomstroyexport agensi di bawah Rosatom dan Nuclear Power Corporation of India Ltd (NPCIL) menandatangani perjanjian membangunkan unit 5 dan 6 loji kuasa nuklear (NPP) Kudankulam.

"Operasi dua unit kuasa NPP pertama menunjukkan tahap kuasa nominal. Fasa kedua unit kuasa itu sedang dibina membabitkan kerja di Unit 3 untuk menyediakan pemasangan bejana tekanan reaktor.

"Pada Jun tahun ini, konkrit pertama diletakkan di unit kuasa 5 dan pada 20 Disember, konkrit pertama dilancarkan di unit kuasa 6," kata eksekutif Rosatom, Andrey Lebedev.

Untuk projek Kudankulam unit 6, ia satu lagi kerjasama tenaga nuklear Russia-India untuk membina loji lebih maju.

Kapasiti tenaga nuklear India ketika ini adalah sebanyak 6,780 megawatt (MW) dijangka meningkat kepada 22,480 MW menjelang 2031. – BERNAMA

Berita Harian X