Ahad, 19 Disember 2021 | 10:39pm
Kanak-kanak pelarian Syria berdekatan perkampungan Kafr Uruq di wilayah utara Idlib yang dikuasai Daesh. - Foto AFP
Kanak-kanak pelarian Syria berdekatan perkampungan Kafr Uruq di wilayah utara Idlib yang dikuasai Daesh. - Foto AFP

Daesh bunuh 6 individu di Kem Al-Hol bulan ini

BEIRUT: Enam terbunuh termasuk empat wanita di Kem Al-Hol, di Syria yang menempatkan individu dipindahkan oleh kumpulan Daesh pada bulan ini.

Menurut kumpulan pemantau perang berpangkalan di Britain, kem yang dikendalikan puak Kurdish di timur laut Syria itu dihuni kira-kira 62,000 orang pelarian termasuk pengikut dan saudara mara kumpulan pejuang militan Daesh.

Kira-kira 93 peratus adalah wanita dan kanak-kanak, dengan kira-kira separuh daripadanya berasal dari Iraq.

Menurut pemerhati hak asasi manusia Syria yang mempunyai rangkaian sumber meluas di negara itu, enam pembunuhan dilakukan oleh sel Daesh di kem itu sejak awal Disember.

Setakat ini, mangsa terakhir ditembak mati semalam dan sejak awal tahun ini, angka kematian di kem itu dilaporkan terus meningkat.

Pihak pemerhati berkata, mangsa termasuk tiga warga Iraq iaitu dua orang lelaki dan seorang wanita serta dua wanita Syria selain seorang wanita yang identitinya tidak diketahui.

Mengikut statistik semasa, kira-kira 86 orang terbunuh termasuk 63 orang pelarian Iraq yang tinggal di Al-Hol.

Ketuanya, Rami Abdel Rahman, dalam reaksinya kepada AFP, memberi amaran 'kekacauan dan jaminan ancaman keselamatan berterusan dalam kem' serta melabelkannya sebagai 'bom jangka'.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berulang kali memberi amaran berhubung tahap keselamatan yang semakin merosot di Al-Hol, yang turut menyaksikan percubaan untuk lari sejak beberapa bulan kebelakangan ini. - AFP

Berita Harian X