Sabtu, 18 Disember 2021 | 9:41pm
Pasukan keselamatan Pakistan memeriksa lokasi letupan gas di Paracha Chowk, Karachi, Pakistan, menyebabkan 11 maut dan 13 lagi cedera. - Foto EPA
Pasukan keselamatan Pakistan memeriksa lokasi letupan gas di Paracha Chowk, Karachi, Pakistan, menyebabkan 11 maut dan 13 lagi cedera. - Foto EPA

12 terbunuh dalam letupan gas di Pakistan

KARACHI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam letupan gas di bandar pelabuhan Karachi, Pakistan hari ini, kata polis.

Letupan berlaku di sebuah bangunan bank di kawasan Sher Shah dan media sosial serta rakaman televisyen menunjukkan tingkap selain pintu struktur dua tingkat itu meletup, dengan dokumen bertaburan di kawasan yang luas.

Kereta dan motosikal yang terletak berdekatan lokasi kejadian turut musnah.

Polis wilayah memberitahu AFP, skuad pemusnah bom sedang menyiasat kejadian itu, namun ia kelihatan berpunca daripada kebocoran gas.

Katanya, 12 orang disahkan terbunuh dan 13 lagi sedang dirawat akibat pelbagai kecederaan.

Kes letupan disebabkan kerosakan silinder gas yang digunakan untuk memasak dan di dalam kereta adalah perkara biasa di Pakistan.

Karachi, yang bertanggungjawab terhadap 60 peratus keluaran ekonomi Pakistan, sekian lama mengalami masalah infrastruktur yang usang, pembinaan haram dan perkhidmatan perbandaran yang kurang cekap. - AFP

Berita Harian X