Sabtu, 18 Disember 2021 | 7:44pm
Gambar hiasan. - Foto AGENSI
Gambar hiasan. - Foto AGENSI

8 terbunuh bas rempuh majlis perkahwinan di Pakistan

ISLAMABAD: Lapan terbunuh manakala sembilan yang lain cedera, selepas sebuah bas merempuh majlis perkahwinan semalam di wilayah Punjab timur Pakistan, lapor media tempatan dan polis.

Bas yang hilang kawalan itu merempuh sekumpulan individu yang sedang meraikan majlis perkahwinan di hadapan rumah mereka di tepi jalan berhampiran kawasan Tahli Adda di daerah Mandi Bahauddin di Punjab, kata polis tempatan.

Pasukan keselamatan dan penduduk tempatan berkejar membawa mayat dan mereka yang cedera ke hospital berdekatan.

Pegawai hospital berkata, angka kematian dikhuatiri meningkat berikutan kebanyakan yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Media tempatan melaporkan, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika kabus tebal dan pemandu bas hilang kawalan.

Polis merampas bas berkenaan dan memfailkan kes terhadap pemandu yang melarikan diri selepas kemalangan itu. - AGENSI

Berita Harian X