Rabu, 1 Disember 2021 | 8:08pm
Seorang lelaki warga Arab Saudi memeriksa robot pensterilan di Masjidil Haram di Makkah. - Foto AFP
Seorang lelaki warga Arab Saudi memeriksa robot pensterilan di Masjidil Haram di Makkah. - Foto AFP

Arab Saudi lapor kes pertama varian Omicron

RIYADH: Arab Saudi mengesahkan kes pertama varian Omicron daripada seorang warganya yang baru pulang dari Afrika Utara.

"Satu kes varian Omicron dikesan di Arab Saudi daripada warganegara yang pulang dari negara Afrika Utara.

"Individu itu kini diasingkan dan langkah keselamatan sudah diambil," kata jurucakap kementerian kesihatan.

Arab Saudi minggu lalu membatalkan penerbangan dari tujuh negara Afrika Selatan, namun penerbangan dari Afrika Utara tidak terjejas.

Negara berkenaan mula melonggarkan sekatan dan membenarkan solat berjemaah tanpa perlu penjarakan fizikal bermula Oktober lalu. - AFP

Berita Harian X